Nuffnang

Patah Gigi

Lamaaa kita tak update blog.
Sebab selalu update kat ig n fb je.
terus terlupa ada blog. hikhik

Cerita ni berlaku minggu lepas. Kalau tak silap hari khamis.
Kisahnya malam tu Muslim dan Nadhrah main lompat-lompat atas tilam.
Walaupun dah dilarang banyak kali, tapi biasa la budak kan.
Jadi nak dijadikan cerita Muslim terjatuh atas Nadhrah.
Tepat mulut kena kepala.
Bunyi jatuh tu pun dah seram. Macam bunyi kayu yang patah.
habisla bersepai 2 batang gigi atas dia.

Ibu ni memang tak boleh tengok darah. Seriau orang kata.
Tapi Ayah lagi teruk. Mabuk darah kalau banyak sangat.
Dah pulak tu darah yang keluar memang sangat banyak, sampai tak nampak dah rupa mulut.
Penuh dengan darah je. Ketar lutut juga la.

Tapi anak dah sakit kan. Kena la lawan juga perasaan seriau tu.
Elok je darah dah kurang, nampak pulak gigi dia bergoyang.
Aduhai! 2 kali ketar lutut.
Tapi beranikan jugaklah patahkan gigi yang dah bergoyang tu.
Sekali tengok gigi yang lebih tertusuk dalam gusi.
Aaaa sakitnya.



lapar tapi tak boleh nak makan. Berdebar agaknya


yeay dah cabut!




selfie dalam teksi


Esoknya pagi-pagi lagi dah pergi klinik.
Pergi naik teksi, kebetulan pagi tu Ayah ada kerja
Bertabahlah Ibu bawak kakak dan adik klinik.
Nasib baik kakak banyak tolong Ibu.

Hari tu, tercabut la sebatang gigi Muslim.
Lagi sebatang doktor minta datang lain hari
Sebab dia kata tak boleh cabut 2 batang sekaligus.
Dah setel tu Ibu singgah kedai jap.
Belikan nuget untuk kakak dan aiskrim untuk Muslim.
Nak berhentikan darah.
Tapi yang terlebih excited kakak la.
Dia memang hantu aiskrim.


Lagi sebatang gigi baru semalam pergi cabut.
Kali ni Ayah yang bawakkan.
Dah rongak anak Ibu.
Tapi tetap kacak di mata Ibu.
Cewah!

No comments: