Nuffnang

HOMESCHOOL :: Bagaimana Untuk Bermula.

Ibu berminat dengan homeschooling ni sejak Nadhrah lahir.
Masa tu memang Ibu dah tanam azam nak ajar kakak sendiri.
Dan cita-cita Ibu sejak dari zaman sekolah nak jadi surirumah hebat tak pernah padam.
Tapi dek kerana kesibukan dengan kerja, azam Ibu hilang buat seketika. Hehe

Alhamdulillah, Allah permudahkan permintaan Ibu.
Cukuplah 7 tahun Ibu mencurahkan khidmat kepada negara.
Dah sampai masanya untuk Ibu fokus kepada keluarga pula.
Niat Ibu untuk berhenti kerja sebelum mencapai umur 30 tahun, tercapai.
Walaupun ada hati yang kecewa, InsyaAllah Ibu yakin beliau redha dengan keputusan Ibu.

Okey, berbalik kepada homeschooling kakak Nadhrah dan adik Muslim.
Buat masa ni, Ibu tak letak matlamat lagi untuk diorang.
Biar Nadhrah dan Muslim serasi dulu dengan konsep homeschooling ni.
Aktiviti pun cuma biasa-biasa saja
Lagipun bahan-bahan memang tak banyak.
Jadi Ibu guna bahan yang memang dah ada kat rumah ni.


Dah banyak sebenarnya aktiviti yang Nadhrah dan Muslim dah buat tapi selalu tak berkesempatan nak ambil gambar.
Kalau ada peluang pun, situasi tak sesuai pula. hehe
Kali ni Ibu ajar Nadhrah dan Muslim kenal warna dan bentuk bulat.
Jadi Ibu lukis dan potong bentuk bulat untuk diorang.
Idea ni semua Ibu ambil dalam website luar negara.
Ada yang free printable tapi disebabkan Ibu takde printer, maka handmade jela.









Nak siapkan ni, ada banyak drama juga.
Drama komedi, aksi, sedih, macam-macam lah.
Nadhrah dah boleh fokus.
Dia boleh selesaikan 1 gambar dalam masa 10 minit je,
Berbanding dengan Muslim, 2 minit pun belum tentu dia fokus.
Ibu masih belum jumpa apa potensi Muslim sebenarnya.
Takpe, kita boleh explore pelan-pelan nanti.
Tapi dalam duk kulu kilir dia tu, berjaya juga la siapkan 3 gambar walaupun membawa ke malam.







Bagi Ibu, untuk memulakan homeschooling ni yang pertamanya kena banyak sabar.
Sebab dalam banyak-banyak hal, Ibu sangat lemah dalam menguruskan sifat sabar.




No comments: