Nuffnang

Hiburan Hujung Minggu

Hujung minggu aritu, en.ayah outstation.
tinggallah 3 beranak je kat rumah.
keinginan nak keluar jalan-jalan membuak-buak,
tapi apakan daya, omak eh tak pandai bawak kete.


kalau ikutkan ibu, nak je bawak anak-anak naik bas
tapi en.ayah pulak tak kasi.
risau katanya.
so takpelah, kita lepak kat rumah je.
alah kalau keluar, bukan gi mana pun.
selalu en.ayah bawak pusing-pusing atas kete je.
pusing satu Putrajaya, pastu balik.




ayah's girl

Yang paling rindu ayah, Nadhrah la.
dia memang rapat ngan en.ayah.
Pulak tu dalam seminggu kerja tu, jarang dapat jumpa en.ayah.
en,ayah keje oncall sampai ke pagi.
pastu esoknya masuk keje macam biasa.
hujung minggu pulak outstation
pastu bila masa nak jumpa kan.


Asyik tanya je
'ayah mana?'
'bila ayah balik?'






bagi nak elak boring
ibu ajak dorang main 'pretend and play'
so Nadhrah pilih nak jadi pembaca berita.
oklaaa. ada gaya. hehe


Muslim pulak kononnya nak tiru kakak
pastu tetiba dah menyanyi pulak.
yang si kakak terus mainkan peranan jadi penari di belakang.
hahaha. lawak okeh.

peranan ibu ape pulak?
hmmm ibu jadi tukang gelak je belakang tabir.




petang ahad, en.ayah balik.
jadi ibu paksa keluar jugak walaupun hari hujan. hehe
tenaga negatif dah banyak berkumpul dalam badan ni
meh kite keluarkan.
sambil pusing-pusing, singgah pasaraya beli lauk untuk seminggu terus.


Segmen :: Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Segmen :: Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Perkara Paling Malas

Dalam banyak-banyak kerja rumah, lipat baju adalah kerja paling malas sekali ibu nak buat. 
Dia punya malas tu, sampai dah takde baju yang belipat dalam lemari. Hoih malas hoih. Haha
En. Ayah dah bagi hint bape kali dah tapi masih buat-buat tak faham.

'mana ye stokin nak pakai ni?'

'almari kita ni besar ye. hari tu beli nampak kecik je.'

'nampaknya bakul kain ni kena tambah lagi ni, yang ada kat rumah ni tak cukup pulak.'


Ibu bukan la malas sangat. Tapi nak buat kerja tu kena cari mood yang sesuai. 

Masalah sekarang ni manjang takde mood. haha
Tetiap hari, heret bakul baju bawak ke depan. Kononnya sambil layan sinetron sambil lipat baju.
Tapi tak bergerak jugak. Sudahnya sampai sekarang bakul baju tu duk lepak je kat tepi sofa.


hai ibu.. jangan lupakan saya ye. saya sedang kesepian


waahhhh nak pitam tengok kain baju sendiri. 
Nak lipat baju malas tapi gigih pulak ko kan tiap kali nak cari baju, menggagau-gagau dalam bakul.
huhu. macam mana nak buat ni. Malasnya.
tengok gambar je pun dah patploh kali mengeluh.
haih la ibu.

Lagi satu sebab yang buat malas nak lipat ni, ada 2 ketul budak yang pantang nampak baju cantik dorang kumbahkan balik.
geram sangat. Kadang ternaik juga tangan kat betis. 
Lepas tu rasa bersalah. Tapi rasa bersalah tu datang lambat sikit la.
Kadang malam-malam baru perasaan bersalah menghantui.
Biasalah syaitan bukan nak bagi kita insaf cepat-cepat.
nak pulak dengan orang yang iman tak tebal ni. lagilah seronok dorang.

lagi satu bahagian kat dalam rumah ni yang buat rasa menyampah adalah kabinet dapur.
lipas beranak pinak. geram sesangat.
bukan tak cuci, tak lap tapi ya ampunnnn banyak sangat.
tiap minggu cuci kabinet tapi minggu depannya dah ada anak beranak dia. 
mana datang tah. sampai rasa nak rombak kabinet tu.
rasa jelah. dah namapun menumpang kan.

Tapi ibu syak lipas-lipas ni datang dari celah-celah konkrit tu.
banyak dah pecah-pecah kat rumah ni. maklumla rumah lama.
bagitau maintenance pun masih takde tindakan.
sampai satu tahap ibu rasa macam kitorang ni dah menyewa sekali dengan lipas.
tak adil tau. kaum dia lebih banyak tapi yang tanggung sewa kami je.

panjang pulak melalut. Biasa la dah menulis takleh nak stop pulak.
Btw, sape ada jual mesin yang 3 in 1 (basuh, kering dan lipat) bagitau je.
Kalau murah, boleh beli.





Bergaduh

Pagi-pagi bangun dah bergaduh berebut buku dengan kakak.
Bila dah ok, ibu ajak sembang.
'abang, buku ni sapa punya?'
'ayah punya.'
'sekarang sapa yang baca?'
'ibu lah yang baca.'
'ayah ada marah tak ibu ambik buku ayah?'
'tak marah. Ibu, kenapa ayah tak marah?'
'yela, sebab ayah bagi ibu pinjam buku ayah. Ayah share dengan ibu. Ayah ngan ibu tak bergaduh berebut buku pun.'
'siannya ibu. Mehlah abang gaduh ngan ibu. Nanti abang suruh ayah gaduh ngan ibu.'
Erkkkkk pitam.

Seronok ke Stress Duduk Rumah?

Assalamu'alaikum.

Rindu nak update blog tapi ibu tak ada idea nak menaip.
Hari-hari duk fikir nak update pasal ape.
Rutin setiap hari pun sama je.
Dari mula bangun tido sampaila nak tidur balik. Sama je rutin.
Nak ambik gamba banyak-banyak pun kondisi rumah boleh buat orang muntah.
Hehehe.


Masa mula-mula, memang berterabur sangat.
Langsung tak ada jadual. (sekarang pun tak ada jadual jugak. huhu)
Tapi compare dengan awal-awal dulu, sekarang lebih terurus sikit la.


Menyesal?
Sikit pun tak. Ibu rasa bahagia sangat dapat jaga anak sendiri.
Walaupun dah tak ada masa untuk diri sendiri, tapi ibu rasa puas.
Puas dapat lepaskan kerja yang selama ni rasa macam membebankan.
Sebab hati sentiasa ingat kat anak, jadi buat kerja pun tak senang.
Hati rasa tak ikhlas. Rasa runsing. Rasa tak tenteram.
Jalan terakhir, Ibu pilih untuk berhenti kerja dan fokus pada keluarga.
Walaupun tak sempurna, tapi tetap bangga dengan diri sendiri.


Masa awal-awal Ibu nak berhenti kerja, Ibu tak bagitau keluarga pun.
Sebab Ibu tau, keluarga Ibu mesti membantah.
Ibu ambik risiko sendiri. Yela, kerja kerajaan ramai yang apply tapi tak dapat.
Ibu pulak senang je nak resign. Dorang rasa rugi besar la.


Tapi rezeki tu Allah yang tentukan.
Rezeki tu bukan pada wang ringgit sahaja.
Anak-anak sihat gembira pun rezeki.
Hati senang pun rezeki.
Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk.
Yang penting kena selalu bersyukur.
InsyaAllah yang kurang pun rasa cukup.


Alhamdulillah, Ibu dah keluarkan produk sendiri.
Bisnes tudung ibu pun dah ada label sendiri.
Cuma sekarang masih mencari masa untuk buat marketing.
Biasa la, walaupun ibu minat berbisnes, tapi komitmen tetap jatuh no. 3.
Tapi orang kata, nak seribu daya. Taknak seribu dalih.
Yang banyak dalih tu, Ibu lah. Huhu.
Takpe, lepas ni kita usaha gigih lagi.


Haaa lagi satu, Ibu sekarang tengah belajar untuk mengawal amarah.
hoih, macam ginilah kalau iman senipis kulit bawang.
Sekejapan je naik tanduk atas kepala.
Ada je akal dorang ni.
Ada waktu menggelikan hati.
Ada waktu rasa macam nak menangis menyorok dalam almari.
hahaha.
Stress la kononnya.