Nuffnang

Seronok ke Stress Duduk Rumah?

Assalamu'alaikum.

Rindu nak update blog tapi ibu tak ada idea nak menaip.
Hari-hari duk fikir nak update pasal ape.
Rutin setiap hari pun sama je.
Dari mula bangun tido sampaila nak tidur balik. Sama je rutin.
Nak ambik gamba banyak-banyak pun kondisi rumah boleh buat orang muntah.
Hehehe.


Masa mula-mula, memang berterabur sangat.
Langsung tak ada jadual. (sekarang pun tak ada jadual jugak. huhu)
Tapi compare dengan awal-awal dulu, sekarang lebih terurus sikit la.


Menyesal?
Sikit pun tak. Ibu rasa bahagia sangat dapat jaga anak sendiri.
Walaupun dah tak ada masa untuk diri sendiri, tapi ibu rasa puas.
Puas dapat lepaskan kerja yang selama ni rasa macam membebankan.
Sebab hati sentiasa ingat kat anak, jadi buat kerja pun tak senang.
Hati rasa tak ikhlas. Rasa runsing. Rasa tak tenteram.
Jalan terakhir, Ibu pilih untuk berhenti kerja dan fokus pada keluarga.
Walaupun tak sempurna, tapi tetap bangga dengan diri sendiri.


Masa awal-awal Ibu nak berhenti kerja, Ibu tak bagitau keluarga pun.
Sebab Ibu tau, keluarga Ibu mesti membantah.
Ibu ambik risiko sendiri. Yela, kerja kerajaan ramai yang apply tapi tak dapat.
Ibu pulak senang je nak resign. Dorang rasa rugi besar la.


Tapi rezeki tu Allah yang tentukan.
Rezeki tu bukan pada wang ringgit sahaja.
Anak-anak sihat gembira pun rezeki.
Hati senang pun rezeki.
Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk.
Yang penting kena selalu bersyukur.
InsyaAllah yang kurang pun rasa cukup.


Alhamdulillah, Ibu dah keluarkan produk sendiri.
Bisnes tudung ibu pun dah ada label sendiri.
Cuma sekarang masih mencari masa untuk buat marketing.
Biasa la, walaupun ibu minat berbisnes, tapi komitmen tetap jatuh no. 3.
Tapi orang kata, nak seribu daya. Taknak seribu dalih.
Yang banyak dalih tu, Ibu lah. Huhu.
Takpe, lepas ni kita usaha gigih lagi.


Haaa lagi satu, Ibu sekarang tengah belajar untuk mengawal amarah.
hoih, macam ginilah kalau iman senipis kulit bawang.
Sekejapan je naik tanduk atas kepala.
Ada je akal dorang ni.
Ada waktu menggelikan hati.
Ada waktu rasa macam nak menangis menyorok dalam almari.
hahaha.
Stress la kononnya.





No comments: