Nuffnang

Selamat Hari Isnin

Ni cerita semalam. Aktiviti kami melepak di rumah saja. Lagipun petang tu nak jumpa blogger Sue Suka Susun. Nak bagi barang kat dia jadi baiklah kalau kita semua duduk di rumah saja. Konsep En. Ayah, kalau nak keluar kena keluar selepas zohor dan balik selepas asar atau sebelum maghrib.



Ni lepas kena kacau ngan Muslim. Dia memang suka betul menyakat Nadhrah. Kejap kang si kakak menjerit. Lepas tu adik pulak yang menjerit. Ni nak minum susu pun tak dapat. Terpaksa panjat tinggi. Hmm, suka hati kamu la anak-anak. 

Muslim sebelum tu mengamuk. Nak ibu dukung. Memang tak dapat la sebab masa tu baru nak mula masak. Dia ni suka sangat kalau waktu nak buat kerja tu la yang dia minta macam-macam. Pendek kata, langsung taknak bagi ibu buat kerja rumah. Cemburu dengan benda kot. Kalau ibu bagi perhatian kat Nadhrah dia okey je. Jadi haritu merasa la juga jiran-jiran dengar dia menangis dalam satu jam lebih. Air mata takde keluar pun. Suara je yang melebih-lebih. Sungguh menguji kesabaran.


'Ibu tolong! adik kepit kepala kakak!'

B.A.H.A.G.I.A

Dah kenyang, mari kita bergolek-golek pula. Amboi! cantik sangat perangai lepas makan terus baring. Hehe. Mana tak membiak lemak. Bila tengok gambar ni rasa seronok sangat. Dapat melihat momen-momen indah macam ni rasa bersyukur sangat. Walaupun hidup dalam sederhana tapi insyaAllah, ada rezeki kami. Anak-anak pun rezeki juga.

Petang tu, ada temujanji dengan blogger Sue Suka Susun nak bagi barang. Kali pertama jumpa depan mata. Sebelum ni selalu borak dalam fb aje. Cantik sangat Sue. Seronok berborak rasa macam dah kenal lama sangat.

Jadi sementara menunggu ketibaan Sue, kita 'wefie' dulu ye.



Nadhrah dah pandai bergamba sekarang. Ibu dah tak payah ajar untuk posing. Kalau cakap je nak bergambar, terus dia buat aksi. Kalau tak, zaman bayi dulu serius manjang. Gigih ibu buat macam-macam aksi nak bagi dia senyum.


Aktiviti setiap malam. Sekarang ni Ibu masih belum tau apa minat Nadhrah. Tapi Ibu agak dia lebih minat pada perkara-perkara yang melibatkan kreativiti. Contohnya macam yang kat atas tu. Semangat dia menampal gambar-gambar tu. Tapi siap separuh jalan je, gam dah habis. Siap pesan kat ayah dia nanti esok pergi kerja tolong belikan gam.



Yang ni untuk tulis ABC dan 123. Tu baru muka surat pertama. Tapi masih belum siap lagi. Dah dekat dua minggu Ibu belikan buku tu. Asyikla cakap taknak buat. Ni Ibu taktau la dia minat atau tak menulis ni. Bila ibu tulis di kertas A4, laju juga dia ikut. Bila tulis dalam buku ni dia taknak pula. 

Ibu memang bercadang nak buat homeschooling untuk Nadhrah dan Muslim tapi Ibu masih tak ada ilmu dalam bidang ini. Untuk permulaan ni, kita ajar je yang mana boleh. Ibu pun bukan seorang yang kreatif, jadi selalu google je untuk cari idea macam mana nak buat aktiviti tu jadi menarik. Kadang-kadang Nadhrah cakap main dengan ibu tak best sebab bosan. Huhu. Sampai hatimu anak.

Eh sebenarnya semalam hari jadi Ibu. Tapi macam tahun-tahun sebelumnya, tiada sambutan pun. Cuma tahun lepas, En. Ayah belikan sebiji kek untuk Ibu. Itupun sebab Ibu teringin nak makan kek coklat. 

No comments: