Nuffnang

Sentiasa Bersangka Baik

Assalamu'alaikum

Teks :: Hafsah Ismail



Selamat datang Jun 2014. Semoga bulan ini memberi sinar baru, harapan baru dan azam baru kepada kita semua.

Setiap dari kita sentiasa diuji dengan ujian dan dugaan yang berbagai bentuk.

Waktu itu, hanya segelintir sahaja yang masih bersangka baik dengan Allah.

Hanya sedikit yang bibirnya masih menguntum senyum.

Jujurnya saya juga manusia biasa. Yang dosa sentiasa berjalan seiring. Yang apabila dicuit sedikit dugaan, cepat sekali melatah.

Setiap kali ujian datang, bohong sekali jika hati tidak bertanya kenapa? mengapa?

Namun dari sehari ke sehari, saya belajar untuk melihat dalam perspektif yang lebih luas.

Kadang nak menasihati orang lain lebih mudah dari menasihati hati sendiri.

Waktu itu, sekaligus kita diuji tahap mana pula keyakinan kita pada yang Esa.

Namun, persoalan itu hanya kita sendiri mampu menjawabnya.

Jika hati berkata 'kau tak rasa apa yang aku rasa'

Maka beristighfarlah.

Ya, itu kebesaran Allah, DIA memberi ujian yang berbeza, di mana ujian untuk kamu dan saya tidak sama.

Kita merasakan dugaan untuk kita paling berat, sesekali lemparkan pandangan di luar sana. Masih ramai yang diuji dengan ujian yang lag berat dari kita.

Betapa bertuahnya kita masih lagi mendapat kasih sayang dari Allah. Layakkah kita untuk terus bersangka buruk pada Allah? (astaghfirullahalazim)

Renungilah Firman Allah swt; Al-Baqarah:216.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Sabda Rasulullah saw;
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل موته بثلاث : لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل
Maksudnya; Daripada Jabir bin Abdullah ra, aku mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum kefawatannnya tiga kali, janganlah seseorang kamu mati melainkan menyangka baik kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw;
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا
Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik






No comments: