Nuffnang

Upah Buat Blog Bisnes

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Teks :: Hafsah Ismail

 Tahukah kalian bahawa blog merupakan salah satu medium untuk pengiklanan produk yang paling berkesan sekali selain daripada laman web. Apakah yang membezakan blog dan sebuah laman web? Laman web selalunya memerlukan domain dan hosting sendiri di mana setiap dari pengguna atau empunya laman web perlu mengetahui cara-cara untuk menyelenggara sebuah laman web. Ini boleh dilakukan dengan membeli mana-mana domain yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang menjual perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan membina web juga banyak disediakan tetapi ianya bukanlah semurah yang disangka, harga bermula dari RM500 ke atas bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagi mereka yang baru mahu bermula, sudah tentulah modal merupakan perkara utama yang menjadi halangan. Sudahlah modal yang perlu dikeluarkan agak besar, kena pula belajar cara-cara untuk menguruskannya. Bertambahlah memeningkan kepala bukan?

Oleh itu saya cadangkan untuk belajar buat blog dan meminimumkan kos selagi mungkin. Blog sekarang merupakan medium untuk memperkenalkan diri dan produk jualan kepada masyarakat Malaysia dan dunia juga. Blog menggunakan domain blogspot dan ianya adalah percuma dan sangat mesra pengguna. Saya sendiri sudah menggunakan khidmat blog dalam berniaga selama hampir 3 tahun dan setakat ini saya sungguh berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh blogger.com.

Selain itu, blog juga adalah mesra enjin carian seperti google, yahoo, bing dan internet explorer. Rata-rata carian akan menyenaraikan blog atau laman web yang selalu dikunjungi dan mesra dengan carian. Apabila blog kita sudah tersenarai di dalam carian Google, maka lebih mudah untuk pelanggan menjejaki produk kalian. 




No comments: