Assalamu'alaikum.
Teks : Hafsah Ismail
Sebelum ni, Kakak Nadhrah selalu berkepit dengan telefon saya. Setiap masa. Setiap saat memang itu jela permainan dia.
Tujuan utama saya supaya dia tak kacau saya sewaktu saya masak, sewaktu saya tidurkan Adik Muslim dan sewaktu Adik Muslim sedang tidur. Tapi ternyata rupanya tindakan begitu adalah satu tindakan yang salah.
Saya perasan Kakak Nadhrah seorang budak yang istimewa. Seorang budak yang bijak. Yang cepat belajar. Apa yang dia pernah tengok dalam youtube, dia akan lakonkan balik (kebanyakannya cerita upin ipin dan lagu kanak-kanak).
Itu adalah sesuatu yang positif tapi tindakan saya itu telah menghadkan rangsangan otak dan saraf-saraf Kakak Nadhrah. Iya, saya mula sedar memberi gajet kepada Kakak Nadhrah adalah satu kesilapan yang besar.
Jadi mulai hari Khamis yang lepas, saya katakan pada Kakak Nadhrah tiada lagi gajet selepas ini. Pada mulanya Kakak Nadhrah tidak boleh terima, jenuh juga saya jelaskan. Dan hari kedua iaitu semalam, dia dah lupakan tentang perkara itu.
Dan untuk menarik perhatian Kakak Nadhrah dan Adik Muslim, saya tetus mencari maklumat tentang cara membuat plastisin menggunakan tepung gandum. Sungguh mudah resepinya, juga selamat untuk anak-anak.
Sebelum itu, saya mohon maaf kerana terlupa sumber asal resepi ini. Dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan garam halus
1 sudu minyak ( saya letakkan 2 sudu)
Pewarna makanan
Cara bancuh
Gaulkan semua sekali sehingga sebati dan asingkan kepada beberapa bahagian. Kemudian campurkan pewarna makanan. Bila dah siap boleh terus bermain bersama anak-anak.
Sungguh mudahkan? Ternyata anak-anak saya juga seronok bermain. Saya juga tidak perlu risau jika Adik Muslim memasukkannya ke dalam mulut.
Plastisin ini boleh bertahan beberapa hari jika disimpan di dalam bekas kedap udara
No comments:
Post a Comment