Nuffnang

Diari Ramadhan Hafsah : Hari Pertama dan Kedua

Assalamu'alaikum

Teks : Wan Hafsah Wan Ismail


Salam Ramadhan saya ucapkan. Lama sungguh tidak menjengah di sini. Bunyi macam sibuk tapi sebenarnya lebih kepada buat-buat sibuk saja. Hehe.

Azamnya tahun ni nak buat ala-ala diari ramadhan Hafsah Ismail. Jadi kena lebih gigih sikit la update blog. Tapi hari pertama dah kecundang maka kita gabungkan bersama hari kedua.

Ramadhan tahun ini serasa lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Bila anak-anak dah besar, rasa seronok nak buka puasa dan sahur sama-sama. Walaupun hakikatnya Nadhrah dan Muslim belum lagi faham maksud puasa, sahur dan terawih. Er, sebenarnya dah 2 malam juga kami terlajak sahur. Gara-gara tidur lewat!

Niat tahun ni juga sebenarnya tak nak singgah ke bazar Ramadhan. Bukan tidak mahu menyokong bisnes orang Islam tetapi bagi mengelakkan diri dari membazir. Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas, banyak berlaku pembaziran. Makanan yang dibeli dan yang dimasak, tak habis dimakan dan terpaksa dibuang. Sedih bila tengok lebihan makanan masuk ke perut tong sampah.

Hari pertama puasa, saya masakkan lauk istimewa untuk berbuka. Daging masak lemak cili api. Istimewa bagi saya, memandangkan saya bukan seorang yang pandai masak dan masakan berasaskan santan sangat jarang digunakan dalam menu-menu harian saya. Menu harian saya cuma sambal, ikan goreng dan sup sahaja. Masak banyak sekaligus senang untuk sahur nanti.

Hari kedua pula, saya masakkan nasi ayam. Alhamdulillah suami dan anak-anak makan dengan berselera sekali. Saya agak, memang sedap la tu memandangkan jarang saya dapat dengar pujian masakan saya. Dan pagi tadi anak-anak saya ke rumah pengasuh berbekalkan nasi ayam yang digoreng.

petang ni nak masak apa pula ya?

No comments: