Nuffnang

Jana Wang Dari Rumah

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera

Teks :: Hafsah Ismail

Kos sara hidup semakin hari semakin meningkat. Tidak kira di bandar mahu pun di kampung, kesan kenaikan harga barang memang cukup terasa. 

Berjimat-cermat? Bagaimana lagi mahu berjimat sedangkan gaji masih tidak naik, atau jika naik sekalipun masih tidak mampu menampung kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang kian meningkat! Mahu atau pun tidak, ramai di kalangan kaum wanita terpaksa keluar bekerja untuk membantu suami. 

Anak terpaksa dihantar kepada pengasuh atau mengambil pembantu rumah. Masa bersama anak-anak juga semakin berkurang sekiranya lokasi tempat kerja dan rumah jauh. Atau mungkin juga terpaksa pulang lewat kerana menyiapkan tugasan di tempat kerja.


Kita berada pada era yang sangat bertuah. Kerana dengan ledakan teknologi maklumat dan ICT telah membuka peluang yang besar untuk menjana pendapatan dari rumah. Kini rumah bukan sahaja tempat untuk kita berteduh dan menyemai kasih sayang, namun ia telah menjadi tempat mencari rezeki tanpa perlu keluar bekerja secara konvensional!

Kita boleh memilih untuk bekerja dari rumah. Menjadi Working at Home Mom (WAHM) yang dapat memilih jenis perniagaan dari rumah yang ingin kita jalankan. Kita boleh memilih untuk menjalankan perniagaan/perkhidmatan berdasarkan kepada minat, kemahiran dan sumber yang kita miliki. Tanpa modal yang besar atau mungkin tanpa modal langsung!


Pernahkah kita mempunyai impian untuk menjadi WAHM? Memiliki Small Office Home Office (SOHO) yang cantik seperti gambar ini? Menjana wang dari rumah dengan masa yang fleksibel? 

Jika jawapan anda adalah YA! SAYA MAHU, tetapi anda tiada idea atau tidak tahu bagaimana hendak bermula, anda boleh hubungi saya. Sertai saya di Akademi Bekerja di Rumah. Saya akan membantu anda mencapai impian anda. Selagi ada impian dan usaha, InsyaAllah pasti boleh. 

Wan Hafsah Binti Wan Ismail
Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah
011-1433 8718



No comments: